- JBS Kelantan
- Hits: 2
PASUKAN PROJEK VC JOHAN BOLA TAMPAR LIGA SUKAN KOMUNITI DAERAH JELI 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 2
JELI, 2 Jun 2026 – Kejohanan Futsal Liga Sukan Komuniti peringkat Daerah Jeli tahun 2026, telah berlangsung meriah di Gelanggang Futsal Pro Sport, Jeli pada 23 Mei 2026, dengan jumlah penyertaan sebanyak 16 pasukan.
Liga Sukan Komuniti ini di adakan bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada masyarakat tempatan melaksanakan aktiviti sukan sebagai gaya hidup serta mengalakkan masyarakat berbudaya sukan.
Dalam Kejohanan tersebut Pasukan Kg Lubuk Bongor A telah dinobatkan sebagai Juara setelah menewaskan IPD Jeli diperlawanan akhir, manakala tempat ketiga bersama disandang oleh Pasukan Amigos FC dan Pasukan Kulim FC.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Semoga dengan pelaksanaan kejohanan acara sukan seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan dalam komuniti setempat dan ianya dapat diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
