- JBS Kelantan
- Hits: 27
Sukan Selasa @ JBSNK Meriahkan Sesi Bimbingan Ke-6 Program The Biggest Loser Peringkat Negeri Kelantan 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 27
KOTA BHARU, 9 Jun 2026 – Program Sukan Selasa @ JBSNK anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah berlangsung dengan penuh semangat menerusi aktiviti Tabata bersama HITFAT yang diadakan sempena Sesi Bimbingan Ke-6 Program The Biggest Loser Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026.
Aktiviti berintensiti tinggi ini berjaya menarik kehadiran peserta Program The Biggest Loser serta warga JBSNK yang hadir bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sesi Tabata yang dikendalikan oleh jurulatih HITFAT memberi fokus kepada latihan kardio dan kekuatan yang membantu meningkatkan stamina serta membakar kalori secara efektif.
Program ini merupakan antara inisiatif berterusan JBSNK dalam membudayakan amalan hidup sihat serta memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan aktiviti fizikal yang konsisten dalam mencapai matlamat penurunan berat badan dan kesejahteraan diri.
Turut hadir memeriahkan program ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan padu pihak pengurusan terhadap usaha memperkasakan budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat.
Diharapkan melalui penganjuran program seumpama ini, para peserta akan terus bersemangat untuk mengekalkan gaya hidup sihat serta menjadikan aktiviti kecergasan sebagai amalan harian demi kesejahteraan fizikal dan mental yang lebih baik.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
