BENGKEL PEMIMPIN BAHARU ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA 2026 SEDANG BERLANGSUNG DI PULAU PERHENTIAN

PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU, 5 Jun 2026– Program Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026 sedang berlangsung dengan jayanya bermula 4 hingga 6 Jun 2026 di Cabana Cafe & Campsite Pulau Perhentian, Terengganu.

Program yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin yang terdiri daripada guru-guru dari seluruh negeri Kelantan ini bertujuan memperkasa peranan mereka sebagai pemudah cara dan pembimbing dalam pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, khususnya melibatkan aktiviti pembangunan remaja berasaskan pendidikan luar.

Bengkel kali ini dilaksanakan dengan menjadikan Komponen Penjelajahan Lasak sebagai konsep utama program. Melalui pendekatan tersebut, peserta didedahkan kepada pelbagai aspek penting seperti perancangan dan pengurusan program, pengurusan risiko, kepimpinan, komunikasi berkesan, kerja berpasukan serta pembangunan sahsiah dalam persekitaran luar yang mencabar.

Selain memberi pendedahan awal mengenai pelaksanaan program berkonsepkan perkhemahan, aktiviti penjelajahan lasak yang dijalankan turut menguji ketahanan fizikal dan mental peserta, di samping memupuk semangat kerjasama, disiplin, keyakinan diri serta kemahiran membuat keputusan. Program ini juga menjadi platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam mengendalikan aktiviti penjelajahan sebagai salah satu komponen utama Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

Selaras dengan tema “Pemimpin Hari Ini, Pemacu Masa Depan”, program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin yang berdaya tahan, berintegriti dan berkemahiran tinggi dalam membimbing serta membangunkan potensi golongan remaja di peringkat sekolah dan komuniti.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini merupakan antara usaha berterusan dalam memperkukuhkan pembangunan belia melalui penglibatan aktif pemimpin dan sukarelawan yang berperanan sebagai penggerak utama program-program pembangunan remaja di negeri Kelantan.

#YakinBoleh #RakanMuda #AnugerahRemajaPerdana #PemimpinBaharu #JBSKelantan #PenjelajahanLasak #PulauPerhentian#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #HBN2026 #MenggerakBeliaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh :- Urus Sedia Media Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri KelantanSee less

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search