PASIR MAS DOMINASI PENTAS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026

KOTA BHARU, 23 Mei – Perkarangan AEON Mall Kota Bharu menjadi saksi kemeriahan Sambutan Festival Belia Negara (FBN) Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung selama dua hari bermula 22 hingga 23 Mei 2026. Program yang menghimpunkan ribuan anak muda dari seluruh pelosok negeri ini diakhiri dengan penuh gemilang melalui acara kemuncak, Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan 2026.

​Tumpuan utama majlis terarah kepada delegasi dari Daerah Pasir Mas yang berjaya melakar kejayaan membanggakan dengan membawa pulang tiga kemenangan besar dalam kategori utama:
​Johan Kategori Individu Wanita: Saudari Nur Yasmin binti Mohd Nasir.
​Naib Johan Kategori Pertubuhan Belia: Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Pasir Mas.
​Tempat Ketiga Kategori Pertubuhan Persatuan Belia: Majlis Belia Jajahan (MBJ) Pasir Mas.

​Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Turut mengiringi beliau di atas pentas ialah Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kehadiran kepimpinan tertinggi negeri ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam mengiktiraf peranan belia sebagai pemacu transformasi masa depan negeri Kelantan.

​"Pengiktirafan ini bukan sekadar piala, tetapi bukti komitmen belia Pasir Mas dalam menggerakkan aktiviti kesukarelawanan dan kepimpinan di peringkat akar umbi."

#TeamKBS
#TeamJBSN
#jbskomited
#JBSNKelantan
#MalaysiaMadani
#rakanmuda
#MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
PBSD PASIR MAS 
MAYC PASIR MAS
Majlis Belia Jajahan Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search