- JBS Kelantan
- Hits: 17
BENGKEL PENGENALAN SELF ASSESSMENT AUDIT (SAA) MENGGUNAKAN INTEGRATED AUDIT REPORT & FEEDBACK MANAGEMENT SYSTEM (iAREF)
- JBS Kelantan
- Hits: 17
MACHANG, 18 Mei 2026 – Bengkel Pengenalan Self Assessment Audit (SAA) menggunakan Integrated Audit Report & Feedback Management System (iAREF) telah berlangsung pada 13 dan 14 Mei 2026 bertempat di Dewan Podium B, Menara KBS.
Bengkel ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan pemahaman kepada para peserta mengenai pelaksanaan audit penilaian kendiri (Self Assessment Audit – SAA) secara lebih sistematik dan berkesan melalui penggunaan sistem iAREF. Selain itu, program ini turut bertujuan memperkukuh kecekapan pengurusan audit serta meningkatkan tahap pematuhan tadbir urus organisasi.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah diberikan penerangan berkaitan fungsi dan penggunaan sistem iAREF, kaedah penyediaan laporan audit, pengurusan maklum balas serta pelaksanaan penilaian kendiri yang lebih efektif selaras dengan kehendak semasa pengurusan organisasi.
Turut hadir menyertai bengkel ini ialah Siti Azura Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang bersama para pegawai dan kakitangan lain yang terlibat.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
