PROGRAM SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA (SB@HBN 2026) PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 13 Mei 2026 – Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN 2026) Peringkat Daerah Machang 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mei 2026 bertempat di Kompleks Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan Kampus Machang.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Unit Sukan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang serta Sekretariat Rakan Muda UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang ini berjaya menghimpunkan seramai lebih 600 orang peserta yang terdiri daripada belia, pelajar institusi pengajian tinggi dan masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti menarik dan berunsurkan gaya hidup sihat serta pengukuhan semangat kesukanan telah diadakan sepanjang program berlangsung. Antara acara yang mendapat sambutan ialah senamrobik, fun run, pertandingan petanque, pertandingan bidas, pertandingan liga penalti bola sepak, aktiviti mari mencuba serta cabutan bertuah.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang, Prof. Dr. Mohd Afandi bin Mat Rani. Turut mengiringi beliau adalah Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang dan Saudara Muhammad Firdaus bin Zulkepli, Yang Dipertua Majlis Beia Daerah Machang.

Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara 2026 di peringkat daerah di samping menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti sihat, rekreasi dan komuniti. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan komuniti setempat.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini serta berharap semangat kesukarelawanan dan perpaduan dalam kalangan belia akan terus diperkasakan pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search