PERBINCANGAN AKHIR PROGRAM SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH MACHANG 2026

MACHANG, 5 Mei 2026 – Satu sesi perbincangan akhir bagi pelaksanaan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Machang 2026 telah diadakan pada 29 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang.

Perbincangan ini telah dihadiri oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang bersama dua orang pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang. Pihak UiTM pula diwakili oleh Encik Muzammel bin Che Musa, Ketua Unit Sukan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang.

Turut hadir dalam sesi perbincangan ini ialah Dr. Mohd Akmal Faiz bin Osman dan Encik Mohd Azrul bin Sidek selaku wakil daripada Kelab Techno Football Club. Selain itu, tiga orang pelajar daripada Sekretariat Rakan Muda UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang juga hadir bagi bersama-sama menyumbang idea dan pandangan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program.

Perbincangan tertumpu kepada penyelarasan akhir atur cara, pembahagian peranan, serta aspek logistik dan promosi bagi memastikan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama erat antara pihak PBSD Machang, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang serta rakan strategik dilihat sebagai pemangkin utama dalam merealisasikan program yang berimpak tinggi kepada golongan belia di daerah ini.

Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Machang 2026 dijangka menjadi platform penting dalam memperkasa penglibatan belia melalui aktiviti sihat, berinformasi dan berdaya saing.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 15:57:00

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search