- JBS Kelantan
- Hits: 18
DUA KELAB BELIA PASIR MAS TERSENARAI 5 TERBAIK ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 18
Pasir Mas, 30 April 2026 – Dua pertubuhan belia dari daerah Pasir Mas telah berjaya disenarai pendek dalam kelompok lima terbaik bagi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan tahun 2026.
Kelab yang terpilih ialah Majlis Belia Jajahan Pasir Mas dan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Cawangan Pasir Mas, yang masing-masing menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembangunan belia di peringkat akar umbi.
Sesi penilaian telah berlangsung selama dua hari bermula 28 hingga 29 April 2026, bertempat di Bilik Gerakan Kelab. Penilaian ini melibatkan pembentangan aktiviti, pencapaian program, pengurusan organisasi serta impak terhadap komuniti setempat.
Kedua-dua kelab telah mempamerkan komitmen tinggi dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan belia termasuk program kepimpinan, kesukarelawanan, keusahawanan serta aktiviti sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Penyenaraian ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha berterusan kedua-dua organisasi dalam memperkasa peranan belia di daerah Pasir Mas, sekali gus mengharumkan nama daerah di peringkat negeri.
#TeamKBS #JBSNKomited
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMadani #rakanmuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
