- JBS Kelantan
- Hits: 15
WAKIL TUNGGAL PASIR MAS BAGI KATEGORI WANITA
- JBS Kelantan
- Hits: 15
PASIR MAS, 27 April 2026 – Sekali lagi, Nur Yasmin binti Mohd Nasir menyahut cabaran dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan 2026.
Untuk rekod, pada tahun 2025, beliau telah berjaya meraih tempat Naib Johan, sekali gus membuktikan komitmen dan dedikasi berterusan dalam bidang pembangunan belia.
Sebagai satu-satunya peserta wanita yang mewakili daerah Pasir Mas pada kali ini, penyertaan beliau dilihat mampu memberikan saingan yang sengit serta mengharumkan nama daerah di peringkat negeri.
Penilaian APBN ini merangkumi pelbagai aspek, termasuk sumbangan kepada komuniti, tahap pengiktirafan, serta sahsiah diri calon. Penilaian tersebut dijalankan oleh tiga (3) orang panel yang berpengalaman dalam pelbagai bidang.
#TeamKBS#TeamJBSN#JBSNKomited#JBSNKelantan#MalaysiaMadani#rakanmuda#MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
