- JBS Kelantan
- Hits: 7
MERIAH ! KEJOHANAN BOLA TAMPAR TARIK PENYERTAAN BELIA SETEMPAT
- JBS Kelantan
- Hits: 7
TUMPAT, 24 MEI 2026 – Kejohanan bola tampar sempena Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Tumpat pada 22 hingga 23 Mei 2026 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat telah berlangsung dalam suasana penuh meriah dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pasukan-pasukan sekitar daerah ini.
Kejohanan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, memperkukuh hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan kesukanan dalam kalangan masyarakat setempat.
Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan aksi permainan yang kompetitif, berdisiplin dan penuh semangat berpasukan. Sokongan daripada komuniti dan penyokong turut menambahkan kemeriahan suasana pertandingan.
Kejohanan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat kepada pasukan-pasukan pemenang sebagai penghargaan atas prestasi dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung.
Johan telah dimenangi oleh Pasukan Berangan VC A selepas menewaskan pasukan Jawhead VT dalam perlawanan akhir. Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh pasukan Padang Tembesu B dan Berangan VC B. Johan membawa pulang wang tunai RM500.00 beserta medal, cek cura dan sijil. Naib Johan membawa pulang wang tunai RM300.00 beserta medal, cek cura dan sijil manakala tempat ketiga dan ketiga bersama membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00 beserta medal, cek cura dan sijil.
Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Tumpat ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Julai 2026.
Penganjuran Liga Sukan Komuniti bukan sahaja menjadi platform pembangunan sukan di peringkat akar umbi, malah membantu mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
