ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026: TANAH MERAH RAIH JOHAN INDIVIDU LELAKI

TANAH MERAH, 24 Mei 2026 – Tahniah diucapkan kepada wakil Daerah Tanah Merah, Saudara Ahmad Izudeen bin Mohammed Anuar Mushoddad yang telah berjaya merangkul Johan Kategori Individu Lelaki dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026. 

Kejayaan tersebut membolehkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM4,000.00, piala iringan serta sijil penyertaan sebagai penghargaan terhadap komitmen dan sumbangan cemerlang beliau dalam pembangunan belia di negeri Kelantan. 

Anugerah berprestij tersebut telah disampaikan oleh YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, dan diiringi oleh YBrs Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah berlangsung dengan meriah pada 23 Mei 2026 (Sabtu) bertempat di AEON Mall Kota Bharu dan menghimpunkan para pemimpin belia serta penerima anugerah dari seluruh Negeri Kelantan. 

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah bersama pegawai serta kakitangan PBSD Tanah Merah bagi memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada calon-calon yang bertanding dalam anugerah tersebut.

Kejayaan ini diharapkan menjadi inspirasi kepada golongan belia khususnya di daerah Tanah Merah untuk terus aktif, berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan komuniti serta negara.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan atas pencapaian yang membanggakan ini.   

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:24:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search