NURSARIDA ANIS HARUMKAN NAMA KUALA KRAI DALAM APBN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

  23 Mei 2026
  Aeon Mall, Kota Bharu

KOTA BHARU – Aktivis belia dari Kuala Krai, Nursarida Anis binti Sa’Ari berjaya mengharumkan nama daerah apabila dinobatkan sebagai Naib Johan Kategori Individu Wanita sempena Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan 2026.

Beliau yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kini berkhidmat sebagai pendidik serta aktif dalam pelbagai kerja-kerja kesukarelawanan, kebajikan dan kemanusiaan.

Sebagai Timbalan Pengerusi Kelab Beliawanis Halwanis Kuala Krai, beliau turut berjaya melaksanakan Misi Rentas Sempadan Malaysia–Selatan Thailand bagi menyampaikan naskhah al-Quran kepada golongan belia yang memerlukan di Selatan Thailand.

Kemenangan tersebut melayakkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 berserta trofi, sijil penghargaan dan cek cura sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan aktif dalam pembangunan belia dan komuniti.
Tahniah NurSarida Anis  

Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda

@taufiqjohari
@mordibimol
KBSMalaysia
@jbsnegara
@belia.my_
@jbsnkelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search