- JBS Kelantan
- Hits: 25
KEJOHANAN PICKLEBALL SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2026 MERIAH DI AEON MALL KOTA BHARU
- JBS Kelantan
- Hits: 25
KOTA BHARU, 23 Mei 2026 – Kejohanan Pickleball sempena Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan meriah di 91 Pickleball Clubhouse, AEON Kota Bharu hari ini.
Kejohanan yang dianjurkan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada golongan belia dan peminat sukan pickleball di negeri ini. Pertandingan mempertandingkan dua kategori iaitu Men’s Double dan Women’s Double dengan penyertaan sebanyak lapan pasangan bagi setiap kategori.
Program ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan pickleball, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan belia serta memupuk gaya hidup sihat dan aktif.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan . Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta, penganjur dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan tersebut. Program ini telah menerima Suntikan dari Kementerian Belia dan Sukan melalui Dana Sukan Komuniti (DSK) 2026.
Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Kelantan terus dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan program belia yang menarik bagi menyemarakkan semangat anak muda di negeri ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#HBN2026
#MenggerakBeliaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Dana Sukan Komuniti Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
