MAJLIS PELANCARAN MAT MOTO DAY 2.0 MERIAHKAN STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV

KOTA BHARU, 22 Mei 2026 – Program Pelancaran Baju Official Mat Moto Day 2.0, Pengumuman Tarikh Rasmi Event Mat Moto Day 2.0 serta sesi penggambaran filem pendek Mat Moto Day 2.0 telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang hadir mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kehadiran beliau menyerlahkan komitmen berterusan pihak JBSNK dalam menyokong pembangunan belia serta komuniti permotoran di negeri Kelantan.

Program anjuran Mat Moto Day 2.0 itu berjaya menghimpunkan ahli-ahli komuniti permotoran, penggiat motosikal serta para jemputan bagi memeriahkan acara yang penuh semangat dan perpaduan. Antara pengisian utama program ialah pelancaran rasmi baju edisi khas Mat Moto Day 2.0, pengumuman tarikh rasmi penganjuran event serta sesi shooting filem pendek sebagai usaha mempromosikan budaya permotoran secara positif dan lebih kreatif.
Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkukuhkan jaringan komuniti serta mempromosikan imej positif anak muda Kelantan di peringkat yang lebih tinggi. Program berakhir dalam suasana meriah dan penuh semangat kebersamaan, selari dengan slogan “Rise As One, Rise As Nation”.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-08-2026, 16:52:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search