BATTLE OF DIKIR BARAT MERIAHKAN HARI BELIA NEGARA 2026 KELANTAN

  22 Mei 2026
 AEON Mall Kota Bharu

Suasana sorakan membakar semangat di AEON Mall Kota Bharu malam ini menerusi program Battle of Dikir Barat sempena Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Kelantan!  
Persembahan mantap daripada barisan pendikir dan tukang karut terkenal Kelantan berjaya memukau pengunjung dengan keunikan seni warisan tradisional yang penuh humor, sindiran dan kreativiti   
Antara gandingan yang mencuri perhatian:  
Cikgu Sulizi & Fadil Turbo
  menentang
Amran DBA & Ezri Layang Puteh
Tok Joro Ramli Raja Laut & Kala Maharaja
  menentang
Tok Joro Rozi Kemang Berduri & Remaja Kok Keli Tumpat

Program ini bukan sekadar hiburan, malah menjadi platform mengangkat warisan seni budaya Kelantan agar terus diminati generasi muda   
Program tersebut turut dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Yang berusaha KPKPj Azmin bin Yusoff Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan.

Hadir sama Puan Nur Dalila Binti Mohd Khali, Timbalan Pengarah Belia serta Encik Sazli bin Mahmood Ketua Bahagian Rakan Muda dan Puan Nureez binti Mohd Pauzi, CORE Leader Yaya Empire.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara 2026 bertemakan “Menggerak Belia Madani”  

Pelbagai aktiviti menarik masih berlangsung!

Jom ramai-ramai terus memeriahkan HBN Kelantan 2026!   

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #HBN2026 #MenggerakBeliaMadani #dhiya #YayaEmpire

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search