YAYA EMPIRE PENAJA UTAMA FESTIVAL BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

KOTA BHARU, 22 Mei 2026 – Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 menerima suntikan semangat dan sokongan padu daripada pihak swasta apabila Yaya Empire tampil sebagai penaja utama bagi penganjuran Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di AEON Mall Kota Bharu.

Penglibatan syarikat tempatan tersebut membuktikan komitmen berterusan sektor swasta dalam menyokong pembangunan belia serta memperkasa pelaksanaan program komuniti dan keusahawanan di negeri Kelantan.
Festival yang berlangsung pada 22 hingga 23 Mei 2026 itu menghimpunkan pelbagai pengisian menarik melibatkan golongan belia termasuk pameran agensi, reruai jualan usahawan muda, pertandingan, aktiviti sukan, hiburan, program kesukarelawanan serta pelbagai aktiviti interaktif untuk masyarakat.

Sokongan daripada Yaya Empire turut membantu menyemarakkan lagi sambutan Hari Belia Negara dengan penglibatan aktif pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, NGO, komuniti belia dan usahawan tempatan.
Penganjuran festival ini bukan sahaja menjadi platform menghimpunkan belia daripada pelbagai latar belakang, malah memberi peluang kepada mereka mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi diri selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan Festival Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program diadakan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #HBN2026 #MenggerakBeliaMadani

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search