- JBS Kelantan
- Hits: 14
PERBINCANGAN PROGRAM INSPIRE iTALENT 2026 PERKASA BAKAT ATLET PARA MUDA PASIR PUTEH
- JBS Kelantan
- Hits: 14
PASIR PUTEH, 20 MEI 2026 – Satu sesi perbincangan berkaitan pelaksanaan Program Inspire iTalent Daerah Pasir Puteh telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh pada 18 Mei 2026 yang lalu melibatkan Encik Mohd Yusri bin Yusoff, Pegawai Unit Pendidikan Khas PPD Pasir Puteh bersama Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Program Inspire iTalent dijadualkan berlangsung pada 16 Jun 2026 bertempat di SMK Sri Aman, Pasir Puteh dengan penglibatan pelajar-pelajar pendidikan khas serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dari sekitar daerah Pasir Puteh.
Perbincangan tersebut memberi fokus kepada aspek pelaksanaan program termasuk penyediaan logistik, prasarana, pengurusan peserta serta penyelarasan perjalanan program bagi memastikan kelancaran sepanjang program berlangsung.
Antara objektif utama program ini adalah untuk mengenalpasti bakat asas dan keupayaan sukan dalam kalangan OKU di samping mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet para negara pada masa hadapan.
Selain itu, program ini turut menjadi platform penting dalam memperkasa pembangunan sukan inklusif serta memberi peluang kepada golongan OKU untuk menonjolkan potensi dan kebolehan mereka dalam bidang sukan.
Kerjasama strategik antara Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh diharap dapat memastikan Program Inspire iTalent 2026 mencapai objektif yang telah ditetapkan serta memberi impak positif kepada pembangunan atlet para di peringkat akar umbi.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
