TOK BALI FOOTBALL CLUB CETUS GELOMBANG BOLA SEPAK KOMUNITI MENERUSI PIALA TOK BALI 2026

PASIR PUTEH, 20 MEI 2026 – Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Tok Bali 2026 yang dilaksanakan di bawah Dana Sukan Komuniti telah berlangsung dengan meriah apabila mendapat sambutan daripada komuniti setempat.
Sebanyak dua belas (12) pasukan telah menyertai kejohanan tersebut pada 16 Mei 2026 lalu yang berlangsung di Padang Bola Sepak Tepi Sungai Kampung Kulim, Pasir Puteh. Kejohanan ini menjadi platform terbaik dalam memperkukuhkan semangat kesukanan, perpaduan komuniti serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak.

Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyerahkan cek cura Dana Sukan Komuniti kepada Tok Bali Football Club sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program pembangunan sukan di peringkat komuniti.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur atas komitmen dalam menganjurkan kejohanan berskala besar yang mampu menarik penyertaan pelbagai peringkat umur serta menghidupkan budaya sukan dalam kalangan masyarakat.

Beliau turut berharap agar kejohanan seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai medium pembangunan belia, pengukuhan hubungan komuniti serta melahirkan lebih ramai pemain bola sepak yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Kejohanan tersebut berlangsung dalam suasana penuh semangat dan kompetitif dengan sokongan padu daripada para penyokong serta penduduk setempat yang hadir memeriahkan acara.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufik Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-07-2026, 17:19:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search