- JBS Kelantan
- Hits: 9
Budaya Hidup Sihat Diperkasa Melalui Program Sukan @ Selasa JBSN Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 9
KOTA BHARU, 19 Mei 2026 – Program Sukan @ Selasa dengan tema “Let’s Get Fit” telah berlangsung dengan jayanya di Gym Rakyat, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan yang aktif menjalani aktiviti riadah serta kecergasan di gym.
Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat di samping menjadikan aktiviti kecergasan sebagai rutin harian bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri.
Sesi dimulakan dengan penerangan berkaitan penggunaan alatan gym yang betul dan selamat oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Beliau turut berkongsi panduan asas senaman yang efektif bagi membantu mencapai tahap kecergasan optimum serta mengelakkan risiko kecederaan ketika bersenam.
Sepanjang program berlangsung, peserta dilihat bersemangat mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan dalam suasana santai, ceria dan penuh motivasi. Program seperti ini menjadi platform terbaik dalam membudayakan amalan hidup aktif dan sihat dalam kalangan pegawai dan kakitangan Ibupejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
