- JBS Kelantan
- Hits: 15
BELIA BERSEMANGAT SAMBUT SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH JELI 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 15
JELI, 18 MEI 2026 – Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Jeli 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 14 Mei 2026 lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia serta warga sekolah bertempat di SMK Ayer Lanas.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli, dan Majlis Belia Jajahan Jeli dengan kerjasama SMK Ayer Lanas ini bertujuan memperkasa pembangunan belia melalui penglibatan aktif dalam bidang kepimpinan, sukan, inovasi, kesukarelawanan serta pembangunan kemahiran selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk melahirkan generasi belia yang berdaya saing, kreatif, berkemahiran dan mempunyai jati diri tinggi.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. En Mohamad Sabri bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jeli. Turut hadir bersama ialah YBrs. En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli serta YBrs. En Norhisham bin Awang Noh, Pengetua SMK Ayer Lanas.
Pelaksanaan program kali ini menampilkan dua segmen utama Hari Belia Negara iaitu Segmen Malaysia Aktif dan Segmen Kebudayaan, Kesenian & Muzik.Antara aktiviti menarik yang berjaya mencuri perhatian peserta ialah Pertandingan Deklmasi Puisi Rakan Muda dan Acara Nyanyian oleh penyanyi jemputan.
Program turut dimeriahkan dengan acara Senamrobik, acara Sukan Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Lontar Peluru dan Larian 20M.Penganjuran program ini jelas membuktikan komitmen berterusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dalam memperkasakan belia sebagai aset penting pembangunan negara, di samping mengukuhkan hubungan strategik antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan komuniti belia di daerah ini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
