KLAS RENANG DAERAH BACHOK 2026 FASA 1 MULA BUKA TIRAI

BACHOK, 18 MEI 2026 – Seramai 30 murid bertuah terpilih untuk menyertai program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Peringkat Daerah Bachok Fasa 1 Tahun 2026 yang bakal membuka tirai tidak lama lagi.
Satu sesi taklimat khas telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kandis baru-baru ini khusus buat ibu bapa dan penjaga peserta yang terlibat. Sesi ini bertujuan memberikan pencerahan terperinci mengenai modul latihan, aspek keselamatan, dan jadual pelaksanaan sepanjang fasa pertama ini berlangsung.

Taklimat telah disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok. Turut hadir memberikan sokongan padu dalam melancarkan program ini ialah Penolong Kanan Kokurikulum (PKKO) bersama Setiausaha Kokurikulum (SU PKKO) sekolah berkenaan.

Program KLAS Renang ini dilaksanakan bertujuan untuk membimbing peserta menguasai teknik renang yang betul di samping meningkatkan kesedaran keselamatan air bagi mengurangkan risiko tragedi lemas.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search