- JBS Kelantan
- Hits: 12
AKSI PADU DAN SEMANGAT LUAR BIASA WARNAI KEJOHANAN FUTSAL LIGA SUKAN KOMUNITI TUMPAT
- JBS Kelantan
- Hits: 12
TUMPAT, 18 Mei 2026 – Liga Sukan Komuniti bagi kejohanan futsal yang berlangsung pada 16 Mei 2026 bertempat di De Stadium Futsal, Padang Rokma, Wakaf Bharu berjaya menarik penyertaan pelbagai pasukan dari sekitar daerah ini dalam suasana penuh semangat kesukanan dan kompetitif.
Kejohanan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, memperkukuh hubungan silaturahim serta mencungkil bakat baharu dalam kalangan belia melalui platform sukan komuniti.
Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta mempamerkan aksi permainan yang bertenaga, berdisiplin dan penuh semangat berpasukan. Sokongan padu daripada para penyokong dan komuniti setempat turut menambahkan kemeriahan kejohanan.
Sebanyak 24 pasukan telah mengambil bahagian sepanjang kejohanan berlangsung. Pasukan Nakanaka FT muncul johan selepas menewaskan pasukan Wakaf Bharu FC dalam perlawanan akhir. Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh pasukan EC FT dan Rilek FT.
Johan membawa pulang wang tunai RM500.00 beserta medal, cek cura dan sijil. Naib Johan membawa pulang wang tunai RM300.00 beserta medal, cek cura dan sijil manakala tempat ketiga dan ketiga bersama membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00 beserta medal, cek cura dan sijil. Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Tumpat ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Julai 2026.
Program seperti ini bukan sahaja dapat memperkasakan pembangunan sukan di peringkat akar umbi, malah menjadi medium dalam membentuk sahsiah positif serta semangat kerjasama dalam kalangan golongan muda.
Kejohanan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat kepada pasukan-pasukan pemenang sebagai penghargaan atas komitmen dan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan berlangsung.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
