SEMANGAT JUANG YANG TINGGI DI KALANGAN PESERTA INSPIRE iTALENT TUMPAT

TUMPAT, 18 MEI 2026 – Program Inspire iTalent iaitu pencarian bakat baharu dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat, ceria dan inklusif melibatkan 32 orang peserta daripada pelbagai kategori.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat yang diadakan pada 11 Mei 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan bertujuan menggalakkan penglibatan aktif golongan OKU dalam aktiviti sukan di samping meningkatkan keyakinan diri, kesejahteraan fizikal serta semangat kesukanan.

Program seperti ini bukan sahaja dapat memperkasa golongan OKU melalui aktiviti sihat dan bermanfaat, malah dapat mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan dalam kejohanan-kejohanan sukan Para.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penyertaan oleh Yang Amat Berusaha Encik Junaidi Affandy bin Jusoh, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat kepada wakil para peserta sebagai tanda penghargaan atas semangat dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.

Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Majlis Sukan Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat, barisan penguji serta semua peserta yang telah menjayakan program ini.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search