- JBS Kelantan
- Hits: 15
PENYERTAAN AKTIF PBSD KUALA KRAI MERANCAKKAN PETRA EDU FEST 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 15
18 MEI 2026
SEK. MEN. KEB. SULTAN YAHYA PETRA 1
KUALA KRAI – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuala Krai telah menyertai PETRA Edu Fest 2026 sebagai pempamer dalam usaha mempromosikan program pembangunan belia dan rakan muda kepada belia khususnya pelajar sekolah.
Penyertaan ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat berkaitan pelbagai inisiatif, kemudahan serta program yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, khususnya melalui peranan PBSD Kuala Krai di peringkat daerah.
Sepanjang pameran ini berlangsung, pelbagai bahan pameran dan aktiviti interaktif disediakan bagi menarik minat pengunjung, di samping memberi pendedahan mengenai kepentingan penglibatan belia dalam bidang kepimpinan, kesukarelawanan dan sukan.
Inisiatif ini turut menegaskankan bahawa usaha menyerlahkan serta membangunkan potensi belia bukan hanya terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia semata-mata, malah memerlukan penglibatan aktif pelbagai agensi kerajaan dalam menyediakan sokongan, peluang dan ruang pembangunan yang lebih holistik, di samping memperkukuh kerjasama strategik demi masa depan belia yang lebih cemerlang.
Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda
@taufiqjohari
@mordibimol
@kbsmalaysia
@jbsnegara
@belia.my_
@jbsnkelantan
