- JBS Kelantan
- Hits: 16
PASUKAN KG LUBUK BONGOR JUARA BOLA JARING LIGA SUKAN KOMUNITI DAERAH JELI
- JBS Kelantan
- Hits: 16
JELI, 18 Mei 2026 – Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti peringkat Daerah Jeli tahun 2026, telah berlangsung meriah di Gelanggang Terbuka Bukit Jering, Kuala Balah, Jeli. dengan jumlah penyertaan sebanyak 10 pasukan.
Liga Sukan Komuniti ini di adakan bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada masyarakat tempatan melaksanakan aktiviti sukan sebagai gaya hidup serta mengalakkan masyarakat berbudaya sukan.
Dalam Kejohanan tersebut pasukan Kg Lubuk Bongor A telah dinobatkan sebagi Juara setelah menewaskan Sekolah Menengah Sains Jeli (JESS) diperlawanan akhir, manakala tempat ketiga bersama disandang oleh Pasukan Belia Bukit Jering dan Pasukan Kg Lubuk Bongor B.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB. Encik Zahari bin Kechik, Ahli Parlimen Jeli, turut hadir YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Semoga dengan pelaksanaan kejohanan acara sukan seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan dalam komuniti setempat dan ianya dapat diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
