- JBS Kelantan
- Hits: 14
"BELIA BANGKIT, PASIR PUTEH HEBAT" GEGAR DI SMK GAAL
- JBS Kelantan
- Hits: 14
PASIR PUTEH, 17 MEI 2026 – Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Pasir Puteh 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 13 Mei 2026 lalu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia serta warga sekolah bertempat di SMK Gaal.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dan Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh dengan kerjasama SMK Gaal ini bertujuan memperkasa pembangunan belia melalui penglibatan aktif dalam bidang kepimpinan, sukan, inovasi, kesukarelawanan serta pembangunan kemahiran selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk melahirkan generasi belia yang berdaya saing, kreatif, berkemahiran dan mempunyai jati diri tinggi.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Samsudin bin Haji Musa, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh. Turut hadir bersama ialah Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh serta Puan Hajjah Nik Nor Haslinda binti Hamzah, Pengetua SMK Gaal.
Pelaksanaan program kali ini menampilkan tiga segmen utama Hari Belia Negara iaitu Segmen Malaysia Aktif, Segmen Penciptaan & Peluang Pekerjaan, Segmen Inovasi & Digital serta pengisian pembangunan sahsiah dan kepimpinan belia.
Antara aktiviti menarik yang berjaya mencuri perhatian peserta ialah ceramah bertajuk “Menggerak Pemimpin Belia Baharu”, Kuiz Hari Belia Negara, Pertandingan Sepakan Penalti, Pertandingan Netball Shoot Out, Pertandingan E-Sport Mobile Legend serta Pertandingan Deko Kek HBN yang mengetengahkan kreativiti anak muda.
Program turut dimeriahkan dengan pameran daripada GIATMARA Pasir Puteh yang memberi pendedahan berkaitan latihan kemahiran dan peluang pendidikan teknikal kepada para pelajar serta belia setempat. Selain itu, sesi pendaftaran sukarelawan GB4B(M) Kawasan Pasir Puteh turut diadakan bagi menarik penyertaan belia dalam aktiviti kesukarelawanan dan pembangunan komuniti.
Penganjuran program ini jelas membuktikan komitmen berterusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dalam memperkasakan belia sebagai aset penting pembangunan negara, di samping mengukuhkan hubungan strategik antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan komuniti belia di daerah ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
