- JBS Kelantan
- Hits: 15
PEMIMPIN ARPRM PASIR PUTEH PERKASA KOMPETENSI DI TASIK KENYIR
- JBS Kelantan
- Hits: 15
PASIR PUTEH, 17 MEI 2026 – Puan Emi Zurina binti Abd Aziz, Pegawai Rakan Muda Daerah bersama Encik Mohd Hafizul bin Zulhuda dan Puan Suraiza binti Ahmad dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut telah terpilih menyertai Kursus Refresher Pemimpin ARPRM Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung mulai 7 hingga 9 Mei 2026 bertempat di Houseboat Suria Permata, Tasik Kenyir, Terengganu.
Kursus ini dianjurkan sebagai platform pemutihan, penilaian semula serta pengemaskinian maklumat berkaitan falsafah dan pelaksanaan Program ARPRM agar selari dengan kehendak serta standard semasa di peringkat kebangsaan. Selain itu, kursus ini turut bertujuan memperkukuh kefahaman pemimpin terhadap kaedah pelaksanaan program yang lebih sistematik, efektif dan berimpak tinggi kepada golongan belia.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi perkongsian ilmu, latihan praktikal serta perbincangan berkaitan pengurusan program ARPRM.
Antara pengisian utama kursus ialah sesi bersama Encik Armizam bin Ab. Rahim daripada Jawatankuasa Operasi dan Teknikal ARPRM Kebangsaan yang tampil berkongsi kepakaran serta pengalaman beliau berkaitan pelaksanaan, penilaian dan pengurusan program ARPRM secara lebih tersusun dan berkesan.
Beliau turut menekankan kepentingan pemimpin ARPRM memahami konsep pelaksanaan ARPRM untuk belia masa kini yang lebih dinamik, kreatif dan mesra generasi muda agar setiap program yang dilaksanakan mampu memberi impak positif kepada komuniti dari diri sendiri.
Selain memperkukuhkan pengetahuan peserta, kursus ini juga menjadi medium jaringan strategik antara pemimpin belia, guru dalam usaha memperkasakan agenda pembangunan belia yang progresif dan berdaya saing.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufik Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
