PROGRAM KLAS RENANG 2026 BANTU KANAK-KANAK B40 KUASAI KEMAHIRAN ASAS RENANG

TANAH MERAH, 17 Mei 2026 – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 1 / Siri 1 bagi kategori Kanak-Kanak B40 telah bermula dengan jayanya di Kolam Renang Villa Impiana Utama, Tanah Merah. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah ini melibatkan penyertaan kanak-kanak B40 berumur antara 6 hingga 12 tahun dari sekitar daerah Tanah Merah. 

Program ini akan dilaksanakan selama tiga siri dan diadakan pada setiap hujung minggu iaitu hari Jumaat dan Sabtu. Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan peserta mengenai kaedah berenang yang betul dan selamat di samping membantu mereka mengatasi ketakutan berada di dalam air melalui kombinasi sistem sokongan secara berperingkat sehingga peserta menjadi lebih mahir dan selesa ketika berada di dalam kolam. 

Selain memberi pendedahan kepada teknik asas renang, program ini juga dapat meningkatkan tahap keyakinan diri, disiplin serta kesedaran mengenai aspek keselamatan air dalam kalangan kanak-kanak.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah dipilih untuk menganjurkan Program KLAS Renang bagi kategori Kanak-Kanak B40 sebagai salah satu usaha memperluaskan akses sukan dan rekreasi kepada golongan sasar khususnya kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.

Program seperti ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas renang serta memupuk minat terhadap sukan akuatik sejak usia muda. Selain itu, ia juga menjadi platform positif dalam membentuk gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan generasi muda di daerah Tanah Merah.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search