PROGRAM INSPIRE i-TALENT DAERAH TANAH MERAH 2026 CUNGKIL BAKAT SUKAN DALAM KALANGAN OKU

TANAH MERAH, 17 Mei 2026 – Program Inspire i-Talent Peringkat Daerah Tanah Merah Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 14 Mei 2026 di Dewan SMK Tanah Merah 1 dengan penglibatan 40 orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) daripada beberapa sekolah sekitar daerah Tanah Merah.
 
Antara sekolah yang terlibat dalam program ini ialah SMK Ipoh, SMK Tanah Merah 2, SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 2 dan SMK Belimbing. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar, guru pengiring serta urus setia yang hadir bagi menjayakan aktiviti yang dianjurkan.

Penganjuran Program Inspire i-Talent ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat-bakat sukan baharu dalam kalangan golongan OKU di samping menjadi platform awal dalam melatih peserta sebagai atlet para pelapis negara pada masa hadapan.

Pelbagai aktiviti dan ujian asas sukan telah dijalankan bagi memberi peluang kepada peserta menyerlahkan potensi serta kebolehan masing-masing dalam bidang sukan. Program ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri, semangat daya saing serta motivasi peserta untuk terus aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Selain itu, program ini turut membuktikan bahawa golongan OKU mempunyai potensi besar untuk berkembang dan mencapai kecemerlangan sekiranya diberikan peluang serta sokongan yang sewajarnya.
Diharapkan penganjuran Program Inspire i-Talent Peringkat Daerah Tanah Merah 2026 dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet para berbakat yang mampu mengharumkan nama daerah, negeri dan negara di peringkat lebih tinggi.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search