SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA DAERAH TANAH MERAH 2026 SUNTIK SEMANGAT GENERASI MUDA

Tanah Merah, 17 Mei 2026 – Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tanah Merah Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 13 Mei 2026 (Rabu) di Dewan Al-Kindi, SMK Tanah Merah 1 dengan penyertaan golongan belia, pelajar serta masyarakat setempat.  

Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta dan berjaya menyuntik semangat serta menceriakan suasana program sejak awal pagi lagi. 
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Mohd Zaidi bin Mohd Zin, Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah. Dalam ucapannya, beliau berkata golongan belia perlu terus memainkan peranan penting sebagai penggerak pembangunan masyarakat serta menjadi generasi yang aktif, kreatif dan berdaya saing dalam pelbagai bidang.

Beliau turut menegaskan bahawa tema Hari Belia Negara tahun ini iaitu “Menggerak Belia Madani” amat bertepatan dalam memperkasakan potensi anak muda agar terus menyumbang kepada pembangunan komuniti dan negara.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung antaranya cabutan bertuah, pameran agensi kerajaan dan swasta, e-sport, aktiviti “Mari Mencuba”, pertandingan petanque serta liga penalti bola sepak dan bola jaring. Aktiviti-aktiviti tersebut berjaya menarik minat para belia serta memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing.  
  
Program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara agensi, komuniti dan golongan belia di samping menyemai semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan peserta yang hadir. Penganjuran Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tanah Merah 2026 diharap dapat terus menjadi pemangkin kepada penglibatan aktif belia dalam aktiviti komuniti serta melahirkan generasi muda yang progresif dan berwawasan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search