KURSUS TALI TINGGI SEACF TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026

GUA MUSANG, 17 Mei 2026 - Cawangan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama South East Asia Climbing Federation (SEACF) & Kelab Mendaki Terapul telah menganjurkan Kursus Tali Tinggi SEACF Tahap 1 Peringkat Negeri Kelantan 2026 pada 15 hingga 16 Mei 2026 yang lalu, bertempat di Taman Etnobotani, Gua Musang. Penyertaan seramai 35 orang peserta terdiri daripada belia dan penggiat rekreasi di seluruh negeri Kelantan. Menariknya kursus ini turut disertai oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Kursus Tali Tinggi SEACF Tahap 1 merupakan kursus asas yang dirangka bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman peserta dalam pengendalian aktiviti tali tinggi mengikut standard antarabangsa. Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga penggerak berkualiti dan bertauliah dalam bidang tali tinggi mengikut standard SEACF serta memberi pendedahan tentang teori dan amali asas tali tinggi, disamping menguasai teknik penggunaan peralatan dengan betul dan selamat.

Kaedah pelaksanaan kursus selama 2 hari ini meliputi modul teori yang dijalankan melalui sesi penerangan dan perkongsian oleh jurulatih bertauliah, disertai dengan demonstrasi serta perbincangan kumpulan bagi memudahkan pemahaman peserta. Peserta telah diperkenalkan kepada asas kursus, standard dan kod etika SEACF, peralatan tali, simpulan asas serta prosedur kerja tali tinggi dengan menekankan aspek keselamatan dan pengurusan risiko. Pendekatan ini secara tidak langsung membantu peserta memahami konsep secara teori sebelum diaplikasikan dalam latihan praktikal.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-05-2026, 17:23:29

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search