- JBS Kelantan
- Hits: 18
MESYUARAT PENYELARASAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 18
KOTA BHARU, 14 Mei 2026 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026 telah diadakan bagi membincangkan persiapan serta penyelarasan pelaksanaan program yang bakal berlangsung.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, dengan penglibatan agensi-agensi berkaitan, urus setia program serta rakan strategik bagi memastikan perjalanan sambutan Hari Belia Negara dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Puan Nurdalila binti Mohd Khali, Timbalan Pengarah Belia, En. Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda, En. Wan Mohd Erffan bin Wan Nasir, Pengurus Kompleks serta Encik Mazlan bin Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk aspek pengurusan acara, pengisian program, keselamatan, promosi, logistik serta pembahagian tugas kepada jawatankuasa yang terlibat. Sambutan Hari Belia Negara kali ini dijangka menghimpunkan penyertaan belia dari seluruh negeri melalui pelbagai aktiviti berteraskan pembangunan belia, kesukarelawanan, sukan dan gaya hidup sihat.
Untuk makluman, Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026 akan diadakan pada 22 hingga 23 Mei 2026 bertempat di AEON Mall Kota Bharu. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program berlangsung melibatkan penyertaan belia, komuniti setempat serta agensi kerajaan dan swasta.
Pihak urus setia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penaja yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan program ini antaranya ALL ABOUT YAYA, By Che Fiza, Mc Donald, Aman Razak dan EDstore.
Penghargaan turut diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), PERKESO, RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Perdangan Dalan Negeri serta persatuan-persatuan belia, sukan dan rakan Rakan Muda yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan dalam memastikan kelancaran sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026.
Mesyuarat ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara agensi dan memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan secara menyeluruh demi menjayakan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026.
Diharapkan sambutan pada tahun ini mampu menjadi medium dalam memperkasakan peranan belia sebagai aset penting pembangunan negeri dan negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#HBN2026 #MenggerakBeliaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
