- JBS Kelantan
- Hits: 11
KARNIVAL SUKAN KUALA KRAI MERIAH SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 11
15 MEI 2026
DATARAN TAMAN CHINTAWANGSA, KUALA KRAI
KUALA KRAI, 2026 – Karnival Sukan Kuala Krai sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kuala Krai 2026 anjuran Kelab Beliawanis Halwanis Kuala Krai telah berlangsung meriah di Dataran Taman Chintawangsa dengan penyertaan aktif golongan belia dan komuniti setempat.
Penganjuran ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Dana Sukan Komuniti (DSK), selain kerjasama erat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk larian sejauh 5KM dan 3KM, Bicara Santai bersama Pej. Agama Islam Daerah Kuala Krai telah serta, permainan interaktif seperti karom, congkak dan memanah yang berjaya menarik minat penyertaan pelbagai peringkat umur.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Rosnani binti Hj Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kuala Krai, Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman serta Yang Berhormat Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang turut menyempurnakan acara pelepasan larian.
Penganjuran karnival ini dilihat sebagai platform penting dalam menggalakkan gaya hidup sihat serta menyemarakkan budaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya golongan belia.
Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda
@taufiqjohari
@mordibimol
@kbsmalaysia
@jbsnegara
@belia.my_
@jbsnkelantan
