- JBS Kelantan
- Hits: 10
LIGA SUKAN KOMUNITI BOLA JARING MERIAHKAN SEMANGAT KESUKANAN KOMUNITI
- JBS Kelantan
- Hits: 10
TUMPAT, 14 Mei 2026 – Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Tumpat bagi kejohanan bola jaring berjaya menghimpunkan penyertaan pasukan daripada pelbagai komuniti setempat dalam suasana penuh semangat kesukanan dan perpaduan.
Kejohanan yang berlangsung pada 9 Mei 2026 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2 menyaksikan aksi kompetitif serta komitmen tinggi daripada semua pasukan yang bertanding bagi merebut gelaran juara. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat bertujuan menggalakkan gaya hidup aktif selain memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian sepanjang kejohanan berlangsung. Para peserta mempamerkan semangat juang tinggi dan kerjasama berpasukan yang cemerlang dalam setiap perlawanan.
Pasukan Sonix Girls muncul johan selepas menewaskan pasukan Black Panthers dalam perlawanan akhir. Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh pasukan Thunder Queens dan Dragon NC. Johan membawa pulang wang tunai RM500.00 beserta medal.
Naib Johan membawa pulang wang tunai RM300.00 beserta medal manakala tempat ketiga dan ketiga bersama membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00 beserta medal. Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Tumpat ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Julai 2026.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Zulkifli bin Mail, Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat. Turut hadir ke majlis ini ialah Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.
Penganjuran LSK Bola Jaring bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan bola jaring, malah mampu membentuk masyarakat yang lebih aktif, sihat dan bersatu padu.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
