- JBS Kelantan
- Hits: 6
HARI BELIA NEGARA TUMPAT PENUH ENERGI, KREATIVITI DAN SEMANGAT BELIA
- JBS Kelantan
- Hits: 6
TUMPAT, 13 Mei 2026 – Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Tumpat Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Mei 2026 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan dalam suasana penuh meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah tersebut.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Tumpat bertujuan memperkukuh penglibatan belia dalam aktiviti pembangunan diri, kesukarelawanan, kepimpinan, keusahawanan, sukan serta inovasi digital selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung antaranya senam cergas, netball shoot out, penalti gol kecil dan pertandingan bocce bagi Segmen Malaysia Aktif, persembahan nyanyian (Segmen Muzik) serta Segmen Inovasi.
Dalam majlis yang sama juga, peserta-peserta berpeluang mendengar perutusan khas daripada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan sempena Hari Belia Negara secara atas talian. Turut diadakan ialah bacaan ikrar belia yang diketuai oleh Encik Khairul Syafiq Ikhwan bin Mohammad, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Tumpat bersama pelajar-pelajar pasukan beruniform SMK Berangan.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Encik Junaidi Affandy bin Jusoh, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat. Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para peserta pertandingan bocce.
Penganjuran program seperti ini menjadi platform penting dalam mencungkil bakat, memperkasa potensi belia serta menggalakkan gaya hidup sihat dan produktif dalam kalangan generasi muda.
Selain itu, program ini turut menjadi medium dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara belia dan agensi kerajaan ke arah pembentukan komuniti yang lebih progresif dan sejahtera.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
