- JBS Kelantan
- Hits: 7
KOLABORASI STRATEGIK MERIAHKAN HARI TERBUKA HOSPITAL PRIMER KLUSTER KELANTAN BARAT 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 7
Tanah Merah, 11 Mei 2026 – Hospital Tanah Merah telah mengadakan Sambutan Hari Terbuka Hospital Primer Kluster Kelantan Barat Tahun 2026 pada 09 Mei 2026 (Sabtu) bertempat di Hospital Tanah Merah dengan pelbagai pengisian menarik yang melibatkan agensi kerajaan serta masyarakat setempat.
Bagi memeriahkan sambutan tersebut, Hospital Tanah Merah telah menjemput Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah untuk berkolaborasi dalam menjayakan aktiviti “Mari Mencuba” dan e-Sport yang berlangsung di Klinik Ortopedik, Hospital Tanah Merah.
Antara aktiviti yang diadakan ialah golf, carom, congkak, permainan dam serta e-Sport FIFA yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung pelbagai peringkat umur. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba permainan yang disediakan, malah turut mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.
Penyertaan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dalam program ini juga dilihat mampu memperkenalkan aktiviti rekreasi dan sukan santai kepada masyarakat di samping memupuk gaya hidup sihat serta aktif dalam kalangan belia dan komuniti.
Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan kerjasama strategik antara Hospital Tanah Merah dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah dalam melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
