ANAK MUDA KAMPUNG TELIPOT BERSEMANGAT TUBUHKAN KELAB BELIA

PASIR PUTEH, 10 MEI 2026 – Hasrat anak muda Kampung Telipot untuk menubuhkan sebuah kelab belia telah mendapat sokongan dan perhatian daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh menerusi satu sesi pertemuan yang berlangsung baru-baru ini.

Kehadiran kumpulan belia tersebut telah disambut mesra oleh Encik Amreezal Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh. Delegasi anak muda Kampung Telipot itu diketuai oleh Saudara Imam Syaddad bin Mahfoz bersama wakil belia kampung yang menunjukkan minat untuk bergerak secara lebih aktif dan tersusun melalui penubuhan kelab belia.

Dalam sesi tersebut, Encik Amreezal telah memberikan penerangan terperinci berkaitan tatacara penubuhan kelab belia termasuk dokumen dan maklumat yang perlu disediakan, struktur organisasi, proses pendaftaran serta peranan sesebuah kelab dalam membangunkan komuniti belia setempat.

Beliau turut menggalakkan golongan muda agar mengambil peluang ini untuk membina kepimpinan, memperkukuhkan semangat kesukarelawanan dan melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan belia yang bermanfaat kepada masyarakat.

Penubuhan kelab belia ini dilihat mampu memberi kesan positif kepada anak muda Kampung Telipot dalam melahirkan generasi yang lebih aktif, berdaya saing, berdisiplin serta mempunyai hala tuju yang jelas melalui penglibatan dalam program-program belia, sukan dan komuniti di peringkat daerah mahupun negeri.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 29-05-2026, 16:25:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search