MESYUARAT PENYELARASAN SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA DAERAH PASIR PUTEH PERKEMAS GERAK KERJA PROGRAM

PASIR PUTEH, 10 MEI 2026 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Pasir Puteh telah diadakan pada 4 Mei 2026 yang lalu bertempat di Bilik Gerakan SMK Gaal bagi memperkemaskan lagi pelaksanaan program yang bakal berlangsung.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh wakil daripada Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh, barisan pentadbir sekolah serta guru-guru yang dilantik sebagai jawatankuasa kerja program. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Nik Nor Haslinda Hamzah selaku Pengetua SMK Gaal dan turut dihadiri Encik Amreezal Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.

Dalam mesyuarat tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan secara terperinci termasuk penyusunan tugasan jawatankuasa, perjalanan acara, pengurusan peserta, aspek keselamatan, teknikal program serta penyelarasan aktiviti melibatkan pihak sekolah dan agensi berkaitan.

Mesyuarat ini diadakan bagi memastikan gerak kerja program berjalan dengan lebih tersusun, lancar dan berkesan selaras dengan objektif penganjuran Semarak Belia @ HBN yang bertujuan memperkasakan pembangunan belia serta mengeratkan kerjasama strategik antara pihak sekolah, kepimpinan belia dan komuniti setempat.

Selain itu, perbincangan turut memberi penekanan kepada penglibatan aktif golongan belia dalam program-program pembangunan sahsiah, kepimpinan, kesukarelawanan dan gaya hidup sihat agar program yang dirancang dapat memberi impak positif kepada masyarakat khususnya golongan muda di daerah Pasir Puteh.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 29-05-2026, 16:25:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search