- JBS Kelantan
- Hits: 7
KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA TOK BALI MERIAH DENGAN SORAKAN PENYOKONG
- JBS Kelantan
- Hits: 7
PASIR PUTEH, 10 MEI 2026 – Tok Bali Football Club telah berjaya melaksanakan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Tok Bali 2026 yang berlangsung pada 2 Mei 2026 di Padang Bola Sekolah Kebangsaan Tok Bali dengan penuh meriah dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat.
Kejohanan tersebut turut diserikan dengan Majlis Penyerahan Cek Cura Dana Sukan Komuniti (DSK) 2026 serta penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah disempurnakan oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Pertandingan yang melibatkan penyertaan beberapa pasukan sekitar daerah Pasir Puteh dan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan serta aksi menarik sepanjang kejohanan. Kehadiran para penyokong yang memenuhi kawasan padang turut menambahkan kemeriahan suasana dengan sorakan dan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.
Dalam majlis tersebut, Encik Amreezal turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas komitmen dalam menganjurkan program sukan komuniti yang mampu menghimpunkan golongan belia dan masyarakat setempat melalui aktiviti sihat dan berfaedah.
Kejohanan seperti ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat muda dalam sukan bola sepak, malah mampu mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat berpasukan serta menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti sukan dan komuniti di peringkat akar umbi.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
