ARPRM BENTUK SAHSIAH BELIA, LIMA PEMIMPIN DAERAH KUALA KRAI DITAULIAHKAN

9 Mei 2026
Dewan Utama IKPK Bukit Sireh, RISDA Negeri Kelantan

KUALA KRAI — Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, terus memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan pembangunan diri belia seawal usia 14 tahun secara holistik.

Program bertaraf antarabangsa itu bukan sahaja menyerlahkan potensi diri remaja, malah memupuk semangat kesukarelawanan serta memperkukuh nilai kepimpinan dalam kalangan generasi muda di pelbagai peringkat.
Sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan dedikasi, seramai lima pemimpin ARPRM telah ditauliahkan pada tahun 2025, sekali gus melambangkan keupayaan mereka sebagai pemangkin pembangunan belia dan pemimpin masa hadapan.

Antara penerima yang dirai dalam Sambutan Hari Belia Negara Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) Peringkat Daerah Kuala Krai ialah Puan Aida Ab. Rajab dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama (A) Darussalam, Puan Nik Syaheera Mat Daud dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 serta Encik Muhammad Hanif Awang dari Kolej Vokasional Kuala Krai. Manakala dua yang lain adalah Puan Siti Hajar binti Muda dari Kolej Vokasional Kuala Krai dan Saudaro Siti Athirah binti Mohd Anuar dari Kelab Rakan Muda Bandar Kuala Krai.

Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda

@taufiqjohari
@mordibimol
@kbsmalaysia
@jbsnegara
@belia.my_
@jbsnkelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search