PELUPUSAN ASET SECARA MUSNAH DILAKSANA, PASTIKAN PENGURUSAN LEBIH EFISIEN

Tanah Merah, 05 Mei 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah melaksanakan proses pelupusan aset secara musnah melibatkan beberapa peralatan yang telah rosak dan tidak lagi ekonomik untuk dibaiki.
Antara aset yang terlibat dalam pelupusan tersebut ialah 3 unit meja, 1 unit peti sejuk, 1 unit almari besi serta lain-lain alatan yang berada dalam keadaan uzur dan tidak dapat digunakan lagi. Pelupusan ini dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi memastikan pengurusan aset kerajaan dilakukan secara telus dan sistematik.

Proses pelupusan ini turut melibatkan pegawai dan kakitangan PBSD Tanah Merah yang bersama-sama memastikan setiap aset dilupuskan dengan teratur dan selamat. Kerjasama daripada semua pihak telah membantu melancarkan pelaksanaan aktiviti ini.

Tapak pelupusan sampah telah disediakan oleh Majlis Daerah Tanah Merah bagi tujuan pelaksanaan pelupusan secara musnah ini. Langkah ini bukan sahaja memastikan pematuhan kepada peraturan, malah turut menjaga aspek keselamatan dan kebersihan persekitaran.

Diharapkan pelaksanaan pelupusan aset ini dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan aset serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif di PBSD Tanah Merah.

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search