- JBS Kelantan
- Hits: 14
KUNJUNGAN HORMAT PERKUKUH SINERGI PBSD TANAH MERAH DAN SMK TANAH MERAH 1
- JBS Kelantan
- Hits: 14
Tanah Merah, 05 Mei 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah mengadakan satu kunjung hormat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 sebagai usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara pihak PBSD Tanah Merah bersama institusi pendidikan di daerah ini.
Kunjungan tersebut memberi fokus kepada perbincangan berkaitan pelaksanaan beberapa program utama yang bakal dianjurkan dalam masa terdekat di SMK Tanah Merah 1. Antara program yang dibincangkan ialah Semarak Hari Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tanah Merah 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 13 Mei 2026 serta Program Inspire i-Talent Peringkat Daerah Tanah Merah yang akan diadakan pada 14 Mei 2026.
Perbincangan turut merangkumi aspek penyelarasan logistik, penglibatan pelajar, serta peranan pihak sekolah dalam memastikan kelancaran pelaksanaan kedua-dua program tersebut. Program-program ini dijangka mampu memberi pendedahan dan peluang kepada golongan belia khususnya pelajar sekolah untuk mengembangkan potensi diri dalam pelbagai bidang termasuk kepimpinan, kecergasan dan kemahiran.
Pihak PBSD Tanah Merah menzahirkan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan SMK Tanah Merah 1 dalam menjayakan agenda pembangunan belia di peringkat daerah. Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuh demi melahirkan generasi belia yang berdaya saing dan berkualiti selaras dengan aspirasi negara.
Kunjungan hormat ini juga mencerminkan kesungguhan kedua-dua pihak dalam memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi impak positif kepada komuniti setempat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
