WANITA MADANI BERAKSI! PENGARAH JBSN KELANTAN SERAH CEK CURA DSK 2026 KEPADA KELAB BOLA TAMPAR PAUH LIMA

BACHOK, 4 Mei 2026 – Kelab Bola Tampar Pauh Lima secara rasmi menerima suntikan semangat baharu melalui penyerahan cek cura Dana Sukan Komuniti (DSK) 2026. Penyerahan bermakna itu disempurnakan sendiri oleh Encik Mohd Saipuddin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan sempena penganjuran Kejohanan Bola Tampar Wanita Tertutup Bachok bagi merebut Piala Pusingan Wanita MADANI 2026 baru-baru ini.

Kejohanan yang berlangsung di Dewan Terbuka, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala itu menyaksikan dewan sekolah berkenaan gamat dengan sorakan penyokong yang menyaksikan pertembungan sengit pasukan-pasukan wanita sekitar daerah Bachok. Kehadiran Pengarah JBS Kelantan bagi merasmikan acara tersebut membuktikan sokongan padu kerajaan terhadap pembangunan sukan di peringkat akar umbi, khususnya buat golongan wanita.

Dana Sukan Komuniti (DSK) 2026 yang diterima oleh Kelab Bola Tampar Pauh Lima diharap dapat memperkasakan lagi pengurusan kelab serta memastikan kesinambungan penganjuran kejohanan berkualiti di masa hadapan. Inisiatif Piala Pusingan Wanita MADANI ini juga menjadi kayu ukur keberkesanan penglibatan wanita dalam aktiviti sukan yang kompetitif dan sihat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search