- JBS Kelantan
- Hits: 21
13 MEI TARIKH KERAMAT: SMK BERIS PANCHOR DIPILIH HOS STRATEGIK SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA (SB@HBN) PERINGKAT DAERAH BACHOK 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 21
BACHOK, 4 MEI 2026 – Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor (SMKBP) kini secara rasmi menjadi rakan strategik utama bagi penganjuran Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) Peringkat Daerah Bachok 2026. Pemilihan sekolah ini sebagai rakan kolaborasi pintar menandakan kesiapsiagaan daerah Bachok dalam meraikan potensi luar biasa anak muda tempatan.
Dalam satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan baru-baru ini, pelbagai cadangan serta pengisian program bakal diterjemahkan dan akan menggegarkan daerah ini pada 13 Mei 2026. Pertemuan tersebut dihadiri oleh Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, bersama Puan Siti Suryani Mohamad Razali serta barisan pentadbir SMKBP.
Pengetua SMKBP pula berpendapat "Pemilihan SMKBP adalah tepat untuk kita mendekati golongan sasar secara lebih dekat dan dinamik,". Dengan perancangan rapi yang sedang dirangka, Bachok dijangka bakal menjadi tumpuan utama sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri akan datang.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
