- JBS Kelantan
- Hits: 13
WAN IRFAN BAWA SEMANGAT BACHOK KE PENTAS ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 13
BACHOK, 4 MEI 2026 – Kelibat anak muda harapan Bachok, Saudara Wan Irfan bin Wan Mohd Hadi mencuri tumpuan apabila tampil sebagai wakil rasmi daerah tersebut bagi kategori Individu Lelaki di sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan baru-baru ini.
Sesi penilaian yang berlangsung penuh debaran di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan itu menyaksikan Wan Irfan membentangkan sumbangan, kepimpinan, dan impak positif yang telah dibawanya kepada komuniti belia di peringkat akar umbi.
Membawa imej belia yang progresif dan dinamik, kehadiran beliau bukan sekadar untuk bertanding, malah membawa aspirasi seluruh warga muda Bachok yang dahagakan kecemerlangan. Turut hadir memberikan kata-kata semangat adalah Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Adakah Wan Irfan bakal dinobatkan sebagai jaguh belia Kelantan tahun ini? Sama-sama kita doakan agar kejayaan memihak kepada beliau sekali gus mengharumkan nama Bachok di persada negeri.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
