- JBS Kelantan
- Hits: 14
BACHOK JADI TUMPUAN! PANTAI IRAMA & PANTAI IMPIAN KINI DALAM RADAR LOKASI HBN KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 14
BACHOK, 4 Mei 2026 – Bahang sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Kelantan 2026 kian terasa apabila daerah Bachok telah dipilih sebagai salah satu lokasi utama bagi pelaksanaan festival besar tersebut. Bagi memastikan kelancaran program, satu lawatan tapak yang diketuai oleh Puan Nur Amysiah binti Yusof, Pegawai Pembangunan Sahsiah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan, telah dilaksanakan bagi meninjau potensi lokasi.
Fokus lawatan tapak ini tertumpu kepada dua destinasi ikonik pelancongan daerah iaitu Pantai Irama dan Pantai Impian, Kemasin. Tinjauan ini bertujuan untuk menilai kesesuaian infrastruktur, logistik, dan kapasiti ruang bagi menampung pelbagai segmen aktiviti belia yang bakal berlangsung.
Sambutan Festival Belia @HBN 2026 peringkat negeri Kelantan dijadualkan menggegar pada 22 hingga 23 Mei 2026. Beliau juga berkata, "lawatan ini penting bagi memastikan gerak kerja dan persediaan tapak berada pada tahap terbaik sebelum tarikh keramat tersebut tiba,".
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
