TOP 5 APBN KELANTAN 2026: KELAB BELIA GPU BANDAR TANAH MERAH BUKTI KECEMERLANGAN

Tanah Merah, 03 Mei 2026 – Satu sesi lawatan panel penilai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 bagi kategori pertubuhan belia telah diadakan pada 28 April 2026 (Selasa) di premis Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah Bandar Tanah Merah.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian lanjutan selepas saringan awal, di mana kelab tersebut berjaya melepasi peringkat tersebut dan seterusnya tersenarai dalam kelompok lima terbaik (TOP 5) bagi kategori pertubuhan belia.

Sepanjang sesi lawatan, Saudara Muhammad Hanif Fitri bin Muhd Sawadi selaku pengerusi kelab telah menyampaikan pembentangan komprehensif kepada panel penilai yang merangkumi pencapaian, aktiviti, impak program serta peranan kelab dalam pembangunan komuniti setempat. Pembentangan tersebut turut disusuli dengan sesi soal jawab bersama panel penilai. Turut hadir memberikan sokongan ialah Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.

Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) merupakan platform berprestij yang bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta pencapaian belia Malaysia yang memberikan impak signifikan kepada pembangunan negara. Pencapaian Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah Bandar Tanah Merah ini membuktikan keupayaan pertubuhan belia tempatan dalam memacu perubahan positif serta memperkukuh pembangunan masyarakat.
Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kelab untuk terus cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama daerah Tanah Merah di peringkat yang lebih tinggi.

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search