SESI PENILAIAN APBN KELANTAN 2026 HIMPUNKAN BELIA BERPOTENSI

Tanah Merah, 03 Mei 2026 – Sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 bagi kategori individu telah berlangsung selama dua hari bermula 26 hingga 27 April 2026 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Program ini menghimpunkan penyertaan belia dari seluruh negeri Kelantan bagi melalui proses penilaian yang menyeluruh merangkumi pembentangan projek, sesi soal jawab serta penilaian oleh panel juri yang berpengalaman dalam pelbagai bidang berkaitan pembangunan belia.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah turut menghantar dua orang wakil bagi kategori individu lelaki iaitu Saudara Ahmad Izudden bin Mohammed Anuar Mushoddad dan Saudara Syakiff Hasif Zikry bin Zulkipli. Penyertaan kedua-dua wakil ini mencerminkan komitmen tinggi belia daerah Tanah Merah dalam mengetengahkan bakat, kepimpinan serta sumbangan mereka kepada masyarakat.

Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) merupakan platform berprestij yang bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta pencapaian belia Malaysia yang telah memberikan impak signifikan kepada pembangunan negara. Ia juga berperanan sebagai pemangkin kepada golongan belia untuk terus aktif, berdaya saing serta menyumbang secara positif dalam pelbagai sektor.

Diharapkan penyertaan wakil dari PBSD Tanah Merah ini mampu memberikan saingan yang sihat serta mengharumkan nama daerah di peringkat negeri, seterusnya berpeluang melangkah ke peringkat kebangsaan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
 

 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search