- JBS Kelantan
- Hits: 8
KUNJUNG HORMAT DAN PERBINCANGAN SEMERAK BELIA @HBN PERINGKAT DAERAH PASIR PUTEH
- JBS Kelantan
- Hits: 8
PASIR PUTEH, 29 APRIL 2026 – Encik Amreezal bin Abdul Kadir, mengetuai kunjung hormat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh kepada YABrs Tuan Haji Zulkefli bin Hamat, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh yang baharu melapor diri pada 1 April 2026 yang lalu. Banyak perkara yang dibincangkan dalam pertemuan hampir sejam ini termasuklah kerjasama untuk melahirkan lebih ramai pemimpin belia di Daerah Pasir Puteh dan juga untuk memperbanyakkan lagi sekolah di Pasir Puteh melaksanakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Menurut beliau, program sebegini amat penting dalam membentuk jati diri, modal insan serta persediaan pelajar menghadapi kehidupan selepas tamat persekolahan.
Dalam pertemuan itu juga, Encik Amreezal mengambil kesempatan untuk menyampaikan taklimat ringkas pelaksanaan program dalam masa terdekat ini iaitu Program Semarak Belia @ HBN Peringkat Daerah Pasir Puteh dan memohon kelulusan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh untuk pelaksanaan program ini diadakan di SMK Gaal pada 13 Mei 2025. “PPD tiada halangan dan menyokong pelaksanaan program ini di SMK Gaal” ujar Tuan Haji Zulkefli. Antara pengisian utama yang bakal dilaksanakan ialah Segmen Malaysia Aktif yang melibatkan Pertandingan e-Sport Mobile Legend dan Pertandingan Netball Shoot Out. Selain itu, Segmen Penciptaan @ Peluang Pekerjaan akan menampilkan pertandingan Deko Kek HBN serta pameran TVET yang memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan peluang kerjaya dan kemahiran masa hadapan.Turut diketengahkan ialah Segmen Kepimpinan dan Kesukarelawanan melalui tema “Menggerak Pemimpin Belia Muda” yang bertujuan membentuk sahsiah, kepimpinan serta semangat sukarelawan dalam kalangan pelajar.
Beliau turut menegaskan bahawa hubungan kerjasama yang erat antara Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah perlu terus diperkukuhkan demi pembangunan generasi muda yang lebih berkualiti dan berdaya saing.
Di akhir pertemuan, Encik Amreezal bin Abdul Kadir telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada YABrs Tuan Haji Zulkefli bin Hamat atas kesudian menerima kunjungan hormat tersebut.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
