- JBS Kelantan
- Hits: 24
SMK GAAL TERPILIH SEBAGAI LOKASI PROGRAM SEMERAK BELIA HBN DAERAH PASIR PUTEH
- JBS Kelantan
- Hits: 24
PASIR PUTEH, 27 APRIL 2026 – Satu sesi perbincangan bagi pelaksanaan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Pasir Puteh telah diadakan pada 23 April 2026 yang lalu bersama pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal yang terpilih sebagai lokasi utama penganjuran program tersebut.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Wan Abdullah bin Wan Daud, Penolong Kanan Pentadbiran yang mewakili Pengetua SMK Gaal, bersama barisan guru kanan sekolah. Turut hadir ialah Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bersama barisan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Sesi perbincangan lebih menjurus kepada penetapan tarikh program, penyusunan aktiviti serta pelaksanaan mengikut segmen utama Hari Belia Negara iaitu Segmen Malaysia Aktif, Segmen Penciptaan dan Peluang Pekerjaan, serta Segmen Kepimpinan dan Kesukarelawan.
Program ini bertujuan untuk menghimpunkan golongan belia melalui aktiviti yang bermanfaat, sihat dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara. Penyertaan program ini dibuka kepada pelajar sekolah, golongan belia setempat serta warga Kampung Gaal bagi memastikan penglibatan komuniti secara menyeluruh.
Penganjuran Semarak Belia @ HBN ini diharap dapat menjadi platform terbaik dalam memperkasakan belia, mencungkil bakat kepimpinan serta mengeratkan hubungan antara sekolah, agensi kerajaan dan masyarakat setempat dalam melahirkan belia yang aktif, progresif dan berdaya saing.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufik Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
